PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Kejadian 6
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Kejadian

      • Anak-anak Tuhan berkahwin dengan wanita di bumi (1-3)

      • Kelahiran gergasi (4)

      • Yehuwa sakit hati kerana manusia sangat jahat (5-8)

      • Nuh disuruh untuk membina bahtera (9-16)

      • Tuhan berfirman tentang kedatangan Banjir (17-22)

Kejadian 6:2

Nota kaki

  • *

    Ungkapan Ibrani yang merujuk kepada malaikat Tuhan.

Rujukan Silang

  • +Ayb 1:6; 38:7; 2Pt 2:4; Yud 6

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Menara Pengawal,

    15/6/2013, ms. 22

Kejadian 6:3

Nota kaki

  • *

    Atau “kuasa suci-Ku.”

Rujukan Silang

  • +Kej 7:4; 1Pt 3:20
  • +2Pt 3:9

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Menara Pengawal,

    15/4/2012, ms. 23

Kejadian 6:4

Nota kaki

  • *

    Atau “Nefilim.” Mungkin bermaksud “Yang Menjatuhkan,” iaitu mereka yang menjatuhkan orang lain. Lihat Kamus, “Nefilim.”

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Menara Pengawal,

    15/6/2013, ms. 22

    Tirulah, ms. 18

Kejadian 6:5

Rujukan Silang

  • +Kej 8:21; Yer 17:9; Mt 15:19

Kejadian 6:6

Rujukan Silang

  • +Mz 78:40, 41

Kejadian 6:9

Nota kaki

  • *

    Atau “berjalan.”

Rujukan Silang

  • +Kej 7:1; Yeh 14:14; Ibr 11:7
  • +2Pt 2:5

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Menara Pengawal (Umum),

    No. 1 2017 ms. 11

    Tirulah, ms. 17

Kejadian 6:10

Rujukan Silang

  • +Kej 5:32

Kejadian 6:12

Rujukan Silang

  • +Why 11:18
  • +Mt 24:37-39; 2Pt 2:5

Kejadian 6:13

Rujukan Silang

  • +Kej 7:4

Kejadian 6:14

Nota kaki

  • *

    Sebuah kapal besar yang berbentuk seperti kotak yang panjang.

  • *

    Mungkin kayu daripada pokok sipres.

Rujukan Silang

  • +Ibr 11:7
  • +Kej 14:10; Kel 2:3

Kejadian 6:15

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “300 hasta panjang, 50 hasta lebar, dan 30 hasta tinggi.” Lihat Lampiran B14.

Kejadian 6:16

Nota kaki

  • *

    Harfiah, tsoʹhar; mungkin merujuk kepada tingkap atau bumbung.

  • *

    Harfiah, “1 hasta.” Lihat Lampiran B14.

Rujukan Silang

  • +Kej 7:16

Kejadian 6:17

Rujukan Silang

  • +Kej 1:7; 7:6, 11
  • +Kej 7:21; Mz 104:29; Mt 24:39; 2Pt 2:5

Kejadian 6:18

Rujukan Silang

  • +Kej 7:13

Kejadian 6:19

Rujukan Silang

  • +Kej 8:17
  • +Kej 7:2

Kejadian 6:20

Rujukan Silang

  • +Kej 7:14, 15

Kejadian 6:21

Rujukan Silang

  • +Kej 1:29, 30

Kejadian 6:22

Rujukan Silang

  • +Kel 40:16; Ibr 11:7

Lain

Kej. 6:2Ayb 1:6; 38:7; 2Pt 2:4; Yud 6
Kej. 6:3Kej 7:4; 1Pt 3:20
Kej. 6:32Pt 3:9
Kej. 6:5Kej 8:21; Yer 17:9; Mt 15:19
Kej. 6:6Mz 78:40, 41
Kej. 6:9Kej 7:1; Yeh 14:14; Ibr 11:7
Kej. 6:92Pt 2:5
Kej. 6:10Kej 5:32
Kej. 6:12Why 11:18
Kej. 6:12Mt 24:37-39; 2Pt 2:5
Kej. 6:13Kej 7:4
Kej. 6:14Ibr 11:7
Kej. 6:14Kej 14:10; Kel 2:3
Kej. 6:16Kej 7:16
Kej. 6:17Kej 1:7; 7:6, 11
Kej. 6:17Kej 7:21; Mz 104:29; Mt 24:39; 2Pt 2:5
Kej. 6:18Kej 7:13
Kej. 6:19Kej 8:17
Kej. 6:19Kej 7:2
Kej. 6:20Kej 7:14, 15
Kej. 6:21Kej 1:29, 30
Kej. 6:22Kel 40:16; Ibr 11:7
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Kejadian 6:1-22

Kejadian

6 Manusia di bumi semakin bertambah, dan mereka juga mempunyai anak-anak perempuan. 2 Anak-anak kepada Tuhan* yang benar+ mula memperhatikan bahawa anak-anak perempuan itu cantik. Maka mereka mula mengambil sesiapa sahaja yang diingini sebagai isteri. 3 Kemudian Yehuwa berfirman, “Oleh sebab manusia berdosa, Aku* tidak akan bersabar terhadap mereka buat selama-lamanya.+ Masa mereka tinggal 120 tahun.”+

4 Pada masa itu dan juga selepas masa itu, ada gergasi* di bumi kerana anak-anak Tuhan mengadakan hubungan dengan anak-anak perempuan manusia yang kemudiannya melahirkan anak-anak lelaki. Anak-anak ini ialah orang perkasa yang termasyhur pada zaman dahulu.

5 Yehuwa nampak bahawa manusia di bumi sangat jahat. Hati dan fikiran mereka sentiasa dipenuhi kejahatan.+ 6 Yehuwa kecewa dan sakit hati+ kerana Dia telah menciptakan manusia di bumi. 7 Oleh itu, Yehuwa berfirman, “Aku akan membinasakan manusia yang telah Aku ciptakan daripada permukaan bumi. Aku akan membinasakan manusia bersama dengan binatang jinak, binatang menjalar, dan makhluk terbang di langit. Aku kecewa kerana Aku telah menciptakan semuanya.” 8 Tetapi Nuh menyenangkan hati Yehuwa.

9 Inilah kisah Nuh.

Nuh ialah seorang lelaki yang baik.+ Dia hidup tanpa cela dalam kalangan orang yang sezaman dengannya. Nuh hidup akrab* dengan Tuhan yang benar.+ 10 Nuh mempunyai tiga orang anak lelaki, iaitu Sem, Ham, dan Yafet.+ 11 Bumi sudah rosak dalam pandangan Tuhan, dan bumi penuh dengan keganasan. 12 Ya, apabila Tuhan memandang bumi, Dia mendapati bumi sudah rosak+ dan semua manusia berbuat jahat.+

13 Lalu Tuhan berfirman kepada Nuh, “Aku telah membuat keputusan untuk membinasakan semua manusia. Aku akan membinasakan mereka berserta bumi, kerana bumi sudah penuh dengan keganasan mereka.+ 14 Buatlah sebuah bahtera* daripada kayu keras.*+ Buatlah bilik-bilik di dalamnya dan lapisilah bahagian dalam dan luar bahtera itu dengan tar.+ 15 Binalah bahtera itu mengikut ukuran berikut: 134 meter panjang, 22 meter lebar, dan 13 meter tinggi.* 16 Buatlah tingkap* setinggi kira-kira 44 sentimeter* pada bahagian atas bahtera, untuk membenarkan cahaya masuk. Engkau harus memasang pintu pada sisi bahtera itu+ dan bahtera itu harus mempunyai tiga tingkat, iaitu tingkat bawah, tengah, dan atas.

17 “Aku akan mendatangkan banjir+ atas bumi untuk membinasakan semua makhluk di bawah langit yang mempunyai nafas kehidupan. Segala hidupan di darat akan dilenyapkan.+ 18 Namun Aku hendak membuat perjanjian dengan engkau. Masuklah ke dalam bahtera bersama isterimu dan anak-anakmu serta isteri mereka.+ 19 Bawalah semua jenis makhluk hidup ke dalam bahtera, dua ekor bagi setiap jenis,+ iaitu seekor jantan dan seekor betina,+ agar semuanya terselamat. 20 Bawalah makhluk terbang menurut jenisnya, binatang jinak menurut jenisnya, dan semua binatang yang menjalar menurut jenisnya. Engkau harus membawa dua ekor bagi setiap jenis makhluk itu ke dalam bahtera agar makhluk-makhluk itu terselamat.+ 21 Engkau juga harus membawa segala jenis makanan+ untuk dirimu dan untuk semua binatang itu.”

22 Itulah yang dilakukan oleh Nuh. Dia melakukan segala sesuatu yang diperintahkan oleh Tuhan.+

Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2021)
Log Keluar
Log Masuk
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2021 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi