Mazmur
Untuk pengarah muzik. Sebuah mazmur. Sebuah lagu.
66 Hai seluruh bumi, bersoraklah dengan gembira dan pujilah Tuhan!+
2 Bernyanyilah untuk memuji nama-Nya yang agung;
Muliakanlah Tuhan dan pujilah Dia!+
3 Berkatalah kepada Tuhan, “Betapa hebatnya segala perbuatan-Mu!+
Kerana kuasa-Mu begitu besar,
Semua musuh-Mu akan tunduk kepada-Mu dengan penuh rasa takut.+
4 Semua orang di bumi akan bersujud kepada-Mu;+
Mereka akan menyanyikan pujian kepada-Mu.
Ya, mereka akan bernyanyi untuk memuji nama-Mu.”+ (Selah)
5 Marilah dan saksikanlah semua perbuatan Tuhan;
Lihatlah betapa hebatnya segala yang dilakukan-Nya bagi manusia.+
Di sana, kita bersukacita atas segala perkara yang dilakukan-Nya untuk kita.+
7 Tuhan memerintah dengan perkasa selama-lamanya.+
Dia memerhatikan semua bangsa dengan teliti;+
Janganlah orang yang degil meninggi-ninggikan diri.+ (Selah)
8 Hai bangsa-bangsa, pujilah Tuhan kita!+
Pujilah Dia dengan suara yang lantang!
10 Ya Tuhan, Engkau telah memeriksa hati kami;+
Engkau telah memurnikan kami seperti perak yang dimurnikan dengan api.
11 Engkau telah menangkap kami dengan jaring-Mu;
Engkau telah membebani kami dengan penderitaan.
12 Engkau membiarkan orang memijak-mijak kami;
Kami telah mengharungi api dan air.
Tetapi kemudian, Engkau membawa kami ke tempat yang menyenangkan.
13 Ya Tuhan, aku akan membawa korban bakar ke rumah-Mu,+
Dan aku akan menunaikan ikrarku kepada-Mu.+
14 Aku akan menepati janji-janjiku+
Yang aku ucapkan sewaktu aku berada dalam kesusahan.
15 Aku akan mempersembahkan binatang yang digemukkan sebagai korban bakar kepada-Mu;
Aku akan membakar bebiri jantan sehingga asap naik dari mazbah;
Aku juga akan mempersembahkan lembu jantan bersama kambing jantan sebagai korban kepada-Mu. (Selah)
16 Marilah dan dengarlah, hai semua orang yang takut akan Tuhan;
Aku akan menceritakan apa yang telah dilakukan-Nya untukku.+
17 Dengan mulutku, aku telah berseru kepada-Nya,
Dan dengan lidahku, aku telah memuliakan-Nya.
18 Jika aku menyimpan niat yang jahat dalam hatiku,
Yehuwa pasti tidak akan mendengarkan aku.+
20 Pujilah Tuhan, kerana Dia tidak menolak doaku;
Pujilah Tuhan, kerana Dia tidak berhenti mengasihi aku dengan setia.