Mazmur
Lagu yang digubah oleh Asaf.+
79 Ya Tuhan, bangsa-bangsa telah menyerang tanah warisan-Mu;+
Mereka telah menajiskan Rumah-Mu yang suci;+
Mereka telah membuat Yerusalem menjadi timbunan reruntuhan.+
2 Mereka telah memberikan mayat umat-Mu kepada burung di langit untuk dimakan
Dan tubuh umat-Mu yang setia kepada binatang liar di bumi.+
3 Mereka telah menumpahkan darah umat-Mu di seluruh Yerusalem seperti air,
Dan tiada orang yang tertinggal untuk mengebumikan mayat umat-Mu.+
4 Kami telah menjadi bahan ejekan jiran-jiran kami;+
Kami ditertawakan dan dihina oleh orang di sekeliling kami.
5 Ya Yehuwa, berapa lamakah Engkau akan murka? Adakah untuk selama-lamanya?+
Berapa lama lagikah kemarahan-Mu akan membara seperti api?+
6 Lampiaskanlah kemarahan-Mu terhadap bangsa-bangsa yang tidak mengenal-Mu,
Dan terhadap kerajaan-kerajaan yang tidak menyeru nama-Mu+
7 Kerana mereka telah menyerang Yakub
Dan menjadikan negerinya tanah yang gersang.+
8 Janganlah minta kami bertanggungjawab atas kesalahan nenek moyang kami.+
Tunjukkanlah belas kasihan-Mu kepada kami dengan segera+
Kerana kami sudah sangat lemah.
9 Selamatkanlah kami, ya Tuhan, penyelamat kami,+
Demi nama-Mu yang mulia;
Selamatkanlah kami dan ampunkanlah* dosa kami demi nama-Mu.+
10 Mengapakah bangsa-bangsa berkata, “Di manakah Tuhan mereka?”+
Biarlah bangsa-bangsa itu tahu bahawa mereka akan ditimpa pembalasan di hadapan mata kami
Kerana darah umat-Mu telah ditumpahkan.+
11 Semoga Engkau mendengar rintihan orang yang telah ditawan.+
Gunakanlah kuasa-Mu yang besar untuk menyelamatkan* orang yang dihukum mati.+