PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Yohanes 3
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka 1 Yohanes

      • Kita anak-anak Tuhan (1-3)

      • Anak-anak Tuhan dan anak-anak Iblis (4-12)

        • Yesus menghancurkan perbuatan Iblis (8)

      • Saling mengasihi (13-18)

      • Tuhan lebih besar daripada hati kita (19-24)

1 Yohanes 3:1

Rujukan Silang

  • +Yoh 3:16
  • +Yoh 1:12, 13
  • +Yoh 15:19
  • +Yoh 17:25

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Menara Pengawal,

    15/9/2015, ms. 18

1 Yohanes 3:2

Rujukan Silang

  • +Rm 8:15, 16; Ef 1:5
  • +1 Kor 15:49; Flp 3:20, 21

1 Yohanes 3:3

Nota kaki

  • *

    Atau “Tuhan.”

Rujukan Silang

  • +2 Kor 7:1

1 Yohanes 3:5

Rujukan Silang

  • +Im 16:21, 22; Yes 53:11; Yoh 1:29

1 Yohanes 3:6

Rujukan Silang

  • +Rm 6:12

1 Yohanes 3:8

Rujukan Silang

  • +Kej 3:14; Yoh 8:44
  • +Yoh 16:33; Ibr 2:14

1 Yohanes 3:9

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “benih-Nya.” Iaitu, benih yang dapat menghasilkan hidup baharu.

Rujukan Silang

  • +1 Yoh 5:18
  • +1 Ptr 1:23

1 Yohanes 3:10

Rujukan Silang

  • +1 Yoh 4:8

1 Yohanes 3:11

Rujukan Silang

  • +Yoh 13:34; 1 Yoh 2:7; 2 Yoh 5

1 Yohanes 3:12

Rujukan Silang

  • +Kej 4:8
  • +Kej 4:5
  • +Kej 4:4; Ibr 11:4

1 Yohanes 3:13

Rujukan Silang

  • +Mt 5:11; Yoh 15:18; 2 Tim 3:12

1 Yohanes 3:14

Rujukan Silang

  • +Yoh 5:24; Rm 8:2
  • +1 Yoh 2:10
  • +Yoh 3:36

1 Yohanes 3:15

Rujukan Silang

  • +Mt 5:21, 22; Ef 4:31
  • +Kej 9:6; Bil 35:31; Why 21:8

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Kasih Tuhan, ms. 92

1 Yohanes 3:16

Rujukan Silang

  • +Yoh 3:16; 13:1; 15:13
  • +Yoh 13:15; Rm 16:3, 4; 1 Tes 2:8

1 Yohanes 3:17

Rujukan Silang

  • +Ul 15:7, 8; Lu 3:11; Rm 12:13; Yak 2:15, 16; 1 Yoh 4:20

1 Yohanes 3:18

Rujukan Silang

  • +Rm 12:9
  • +Yak 1:22; 2:17; 1 Ptr 1:22

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Menara Pengawal (Pembelajaran),

    10/2017, ms. 7-11

1 Yohanes 3:19

Nota kaki

  • *

    Atau “Kita memujuk hati kita.”

1 Yohanes 3:20

Rujukan Silang

  • +Ibr 4:13

1 Yohanes 3:21

Nota kaki

  • *

    Lihat Kamus, “Bercakap dengan berani.”

Rujukan Silang

  • +Ibr 4:16; 1 Yoh 5:14

1 Yohanes 3:22

Rujukan Silang

  • +Mz 34:15; Mt 7:8; 1 Ptr 3:12

1 Yohanes 3:23

Rujukan Silang

  • +Yoh 6:29
  • +Yoh 13:34

1 Yohanes 3:24

Rujukan Silang

  • +1 Yoh 2:24
  • +Yoh 14:23

Lain

1 Yoh. 3:1Yoh 3:16
1 Yoh. 3:1Yoh 1:12, 13
1 Yoh. 3:1Yoh 15:19
1 Yoh. 3:1Yoh 17:25
1 Yoh. 3:2Rm 8:15, 16; Ef 1:5
1 Yoh. 3:21 Kor 15:49; Flp 3:20, 21
1 Yoh. 3:32 Kor 7:1
1 Yoh. 3:5Im 16:21, 22; Yes 53:11; Yoh 1:29
1 Yoh. 3:6Rm 6:12
1 Yoh. 3:8Kej 3:14; Yoh 8:44
1 Yoh. 3:8Yoh 16:33; Ibr 2:14
1 Yoh. 3:91 Yoh 5:18
1 Yoh. 3:91 Ptr 1:23
1 Yoh. 3:101 Yoh 4:8
1 Yoh. 3:11Yoh 13:34; 1 Yoh 2:7; 2 Yoh 5
1 Yoh. 3:12Kej 4:8
1 Yoh. 3:12Kej 4:5
1 Yoh. 3:12Kej 4:4; Ibr 11:4
1 Yoh. 3:13Mt 5:11; Yoh 15:18; 2 Tim 3:12
1 Yoh. 3:14Yoh 5:24; Rm 8:2
1 Yoh. 3:141 Yoh 2:10
1 Yoh. 3:14Yoh 3:36
1 Yoh. 3:15Mt 5:21, 22; Ef 4:31
1 Yoh. 3:15Kej 9:6; Bil 35:31; Why 21:8
1 Yoh. 3:16Yoh 3:16; 13:1; 15:13
1 Yoh. 3:16Yoh 13:15; Rm 16:3, 4; 1 Tes 2:8
1 Yoh. 3:17Ul 15:7, 8; Lu 3:11; Rm 12:13; Yak 2:15, 16; 1 Yoh 4:20
1 Yoh. 3:18Rm 12:9
1 Yoh. 3:18Yak 1:22; 2:17; 1 Ptr 1:22
1 Yoh. 3:20Ibr 4:13
1 Yoh. 3:21Ibr 4:16; 1 Yoh 5:14
1 Yoh. 3:22Mz 34:15; Mt 7:8; 1 Ptr 3:12
1 Yoh. 3:23Yoh 6:29
1 Yoh. 3:23Yoh 13:34
1 Yoh. 3:241 Yoh 2:24
1 Yoh. 3:24Yoh 14:23
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
1 Yohanes 3:1-24

Satu Yohanes

3 Lihatlah betapa besarnya kasih Bapa kepada kita!+ Dia mengizinkan kita disebut sebagai anak-anak Tuhan.+ Sesungguhnya kita ialah anak-anak Tuhan. Dunia tidak mengenal kita,+ kerana dunia tidak mengenal-Nya.+ 2 Saudara-saudara yang dikasihi, sekarang kita ialah anak-anak Tuhan,+ tetapi apa yang akan berlaku kepada kita kelak masih belum menjadi nyata.+ Kita tahu bahawa apabila Tuhan menunjukkan diri-Nya, kita akan menjadi seperti-Nya kerana kita akan melihat Dia dalam keadaan-Nya yang sebenar. 3 Semua orang yang menaruh harapan ini kepada Kristus* menyucikan diri sendiri,+ sebagaimana Yesus Kristus juga suci.

4 Setiap orang yang mengamalkan perbuatan berdosa juga mengamalkan perbuatan yang melanggar hukum, maka dosa ialah pelanggaran hukum. 5 Kamu juga tahu bahawa Yesus Kristus telah menampakkan diri untuk menghapuskan dosa kita,+ dan tidak ada dosa pada dirinya. 6 Setiap orang yang tetap bersatu dengannya tidak akan mengamalkan perbuatan berdosa.+ Orang yang mengamalkan perbuatan berdosa tidak pernah melihat atau mengenal dia. 7 Anak-anak yang dikasihi, janganlah biarkan sesiapa pun menyesatkan kamu. Yesus diperkenankan Tuhan, dan orang yang mengamalkan apa yang benar juga diperkenankan Tuhan. 8 Orang yang mengamalkan perbuatan berdosa berasal daripada Iblis, kerana Iblis telah berbuat dosa sejak permulaan.+ Tujuan Anak Tuhan menampakkan diri adalah untuk menghancurkan perbuatan Iblis.+

9 Setiap orang yang merupakan anak Tuhan tidak mengamalkan perbuatan berdosa,+ kerana kuasa suci Tuhan* tetap ada pada orang itu, dan dia tidak dapat mengamalkan perbuatan berdosa kerana dia ialah anak Tuhan.+ 10 Anak-anak Tuhan dan anak-anak Iblis dapat diketahui dengan jelas melalui fakta ini: Sesiapa yang tidak mengamalkan apa yang benar tidak berasal daripada Tuhan, begitu juga dengan sesiapa yang tidak mengasihi saudaranya.+ 11 Hal ini demikian kerana inilah perkhabaran yang kamu dengar sejak permulaan: Kita harus saling mengasihi.+ 12 Janganlah kita menjadi seperti Kain yang berasal daripada Si Jahat dan yang membunuh adiknya.+ Mengapakah dia membunuh adiknya? Dia membunuh adiknya kerana perbuatannya sendiri jahat,+ tetapi perbuatan adiknya baik.+

13 Saudara-saudara, janganlah kamu hairan bahawa dunia membenci kamu.+ 14 Kita tahu bahawa kita sudah mati, tetapi sekarang kita hidup semula+ kerana kita mengasihi saudara-saudara kita.+ Orang yang tidak mengasihi saudara-saudaranya tetap berada dalam kematian.+ 15 Setiap orang yang membenci saudaranya merupakan pembunuh,+ dan kamu tahu bahawa seorang pembunuh tidak akan menerima kehidupan abadi.+ 16 Kita mengenal kasih kerana Kristus menyerahkan nyawanya untuk kita.+ Maka kita juga mesti menyerahkan nyawa kita untuk saudara-saudara kita.+ 17 Jika ada sesiapa yang mampu menyara kehidupan sendiri dan melihat saudaranya memerlukan bantuan tetapi enggan berbelas kasihan terhadapnya, dapatkah kita mengatakan bahawa orang itu mengasihi Tuhan?+ 18 Anak-anak yang dikasihi, pastikanlah bahawa kasih kamu bukan sekadar ucapan di bibir,+ sebaliknya hendaklah kasih kamu tulus dan dibuktikan melalui perbuatan.+

19 Demikianlah caranya kita mengetahui bahawa kita berasal daripada kebenaran. Kita memiliki keyakinan dalam hati* bahawa Tuhan mengasihi kita 20 meskipun hati kita mungkin menyalahkan kita. Hal ini demikian kerana Tuhan lebih besar daripada hati kita dan mengetahui segala sesuatu.+ 21 Saudara-saudara yang dikasihi, jika hati kita tidak menyalahkan kita, kita dapat menghadap Tuhan dengan berani.*+ 22 Kita akan menerima apa sahaja yang kita minta daripada-Nya,+ kerana kita mematuhi perintah-perintah-Nya dan melakukan perkara-perkara yang menyenangkan hati-Nya. 23 Sesungguhnya, inilah perintah-Nya: Kita harus beriman kepada nama Anak-Nya, Yesus Kristus,+ dan kita harus saling mengasihi+ sebagaimana yang telah diperintahkan kepada kita. 24 Orang yang mematuhi perintah-Nya akan tetap bersatu dengan-Nya, dan Dia akan bersatu dengan orang sedemikian.+ Melalui kuasa suci yang diberikan-Nya kepada kita, kita tahu bahawa Dia tetap bersatu dengan kita.+

Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2021)
Log Keluar
Log Masuk
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2021 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi