-
Kejadian 12:11-13Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
11 Sebelum memasuki Mesir, Abram berkata kepada isterinya Sarai, “Dengarlah kata-kataku. Aku tahu kamu memang wanita yang cantik.+ 12 Apabila orang Mesir melihat kamu, mereka tentu akan berkata, ‘Itu isterinya.’ Jadi mereka akan membunuh aku tetapi membiarkan kamu hidup. 13 Oleh itu, tolong katakan bahawa kamu ialah adikku supaya aku diperlakukan dengan baik. Dengan ini, kamu juga dapat menyelamatkan nyawaku.”+
-