-
Keluaran 25:17-20Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
17 “Buatlah penutup tabut itu daripada emas tulen, yang berukuran kira-kira 111 sentimeter panjang dan kira-kira 67 sentimeter lebar.+ 18 Buatlah dua kerub* daripada emas tempaan di kedua-dua hujung penutup tabut.+ 19 Tempatkan kerub-kerub itu pada kedua-dua hujung penutup, iaitu satu kerub pada setiap hujung penutup tabut. 20 Kerub-kerub harus saling berhadapan di atas penutup, dengan muka memandang ke bawah, ke arah penutup tabut. Kedua-dua sayap kerub harus terbentang untuk membayangi penutup tabut.+
-