-
Keluaran 7:5Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
5 Maka orang Mesir pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa+ apabila Aku menghukum mereka dan membebaskan orang Israel dari Mesir.”
-
-
Keluaran 8:9, 10Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 Musa berkata kepada Firaun, “Hamba akan menurut perintah tuanku. Tuanku tentukanlah bila hamba patut merayu bagi pihak tuanku agar katak-katak ini meninggalkan tuanku, pegawai tuanku, rakyat tuanku, dan rumah-rumah tuanku. Tiada lagi yang akan tinggal kecuali katak di dalam Sungai Nil.” 10 Firaun menjawab, “Esok.” Jadi Musa berkata, “Segala-galanya akan terjadi menurut permintaan tuanku, agar tuanku tahu bahawa tiada sesiapa pun yang setanding Yehuwa,+ Tuhan hamba sekalian.
-
-
Keluaran 9:29Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
29 Musa berkata kepadanya, “Sebaik sahaja hamba keluar dari kota, hamba akan menadahkan tangan untuk berdoa kepada Yehuwa. Guruh dan hujan batu akan berhenti, dan tuanku akan tahu bahawa bumi ini milik Yehuwa.+
-