-
Imamat 24:10, 11Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
10 Di perkhemahan orang Israel, ada seorang lelaki yang ibunya berbangsa Israel dan bapanya berbangsa Mesir.+ Lelaki itu telah bergaduh dengan seorang lelaki Israel. 11 Semasa mereka bergaduh, dia mengutuk Tuhan dan menghina nama-Nya.+ Maka dia dibawa menghadap Musa.+ (Ibu lelaki itu bernama Selomit. Dia ialah anak perempuan Dibri daripada suku Dan.)
-
-
Bilangan 15:32, 33Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
32 Semasa orang Israel berada di padang belantara, mereka nampak seorang lelaki sedang mengumpulkan kayu pada hari Sabat.+ 33 Mereka membawa lelaki itu untuk menghadap Musa, Harun, dan segenap umat Israel.
-
-
Ulangan 1:17Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
17 Tidak kira seseorang berkedudukan tinggi atau rendah,+ kamu tidak boleh bersikap berat sebelah.+ Semasa menghakimi, janganlah takut terhadap sesiapa pun+ kerana kamu bertindak sebagai wakil Tuhan.+ Jika timbul perkara yang terlalu sukar bagi kamu, serahkanlah perkara itu kepadaku, dan aku akan mengadilinya.’+
-