-
Ulangan 5:20Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
20 “‘Jangan memberikan kesaksian palsu tentang orang lain.+
-
-
Ulangan 19:16-19Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
16 Jika seorang saksi menuduh orang lain berbuat salah dan memberikan kesaksian terhadapnya dengan niat yang jahat,+ 17 kedua-dua orang itu mesti pergi ke hadapan Yehuwa, iaitu di hadapan para imam dan hakim yang bertugas pada waktu itu.+ 18 Para hakim mesti menyiasat perkara itu dengan teliti.+ Jika orang itu didapati memberikan kesaksian palsu dan membuat tuduhan palsu, 19 dia harus dijatuhi hukuman sebagaimana yang telah dirancangnya terhadap orang yang didakwanya itu.+ Dengan demikian, kamu akan menyingkirkan apa yang jahat dalam kalangan kamu.+
-