-
Imamat 23:27, 28Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
27 “Hari ke-10 bulan ketujuh, merupakan Hari Pengampunan Dosa.+ Kamu semua mesti berkumpul dan beribadat kepada-Ku. Kamu mesti berdukacita atas dosa-dosa kamu+ dan mempersembahkan korban yang dibakar untuk Aku, Yehuwa. 28 Kamu tidak boleh bekerja pada hari itu kerana pada hari itu, kamu akan memohon pengampunan dosa+ di hadapan Aku. Dengan demikian, kamu dapat berbaik semula dengan Aku, Yehuwa, Tuhan kamu.
-