18 Sepanjang perjalanannya, Abram tinggal di dalam khemah. Lalu dia tiba di Hebron+ dan menetap dekat pokok-pokok besar di Mamre.+ Di sana, dia membuat sebuah mazbah untuk Yehuwa.+
13 Seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa kepada Yosua, Kaleb+ anak Yefune telah diberi tanah di kawasan keturunan Yehuda. Kaleb mendapat Kiryat-arba, iaitu Hebron.+ (Arba ialah bapa Enak.)
11 Mereka diberi Kiryat-arba,+ iaitu Hebron,+ (Arba ialah bapa Enak), di kawasan pergunungan Yehuda termasuk padang rumputnya. 12 Tetapi kawasan tanah lapang di kota itu dan perkampungannya diberikan kepada Kaleb anak Yefune sebagai miliknya.+