-
Bilangan 32:11, 12Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
11 ‘Semua orang yang berumur 20 tahun dan ke atas, yang telah keluar dari Mesir, tidak akan masuk ke tanah+ yang Aku janjikan untuk diberikan kepada Abraham, Ishak, dan Yakub.+ Hal ini demikian kerana mereka tidak mentaati-Ku dengan sepenuh hati. 12 Tiada seorang pun antara mereka yang akan masuk ke tanah itu, kecuali Kaleb+ anak Yefune, orang Kenas itu, dan Yosua+ anak Nun, kerana mereka berdua telah mengikut Aku, Yehuwa, dengan sepenuh hati.’+
-
-
Ulangan 1:35, 36Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
35 ‘Tiada seorang pun antara generasi yang jahat ini yang akan pergi ke tanah yang subur itu, yang telah Aku janjikan untuk diberikan kepada nenek moyang kamu,+ 36 kecuali Kaleb anak Yefune. Dia akan pergi ke tanah itu, dan Aku akan memberikan tanah yang sudah dijelajahinya itu kepadanya dan kepada keturunannya, kerana dia telah mengikut Aku, Yehuwa, dengan sepenuh hati.+
-