-
Yosua 24:9Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 Kemudian raja dari Moab, iaitu Balak anak Zipor, bangkit dan melawan orang Israel. Dia mengutus orang kepada Bileam anak Beor dan memintanya mengutuk kamu.+
-
-
Nehemia 13:1, 2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
13 Pada hari itu, kitab Musa dibacakan kepada rakyat.+ Kitab itu menyatakan bahawa orang Ammon dan orang Moab+ tidak dibenarkan menyertai umat* Tuhan yang benar.+ 2 Hal ini demikian kerana mereka tidak memberi orang Israel roti dan air. Sebaliknya, mereka telah mengupah Bileam untuk mengutuk orang Israel.+ Tetapi Tuhan kami telah mengubah kutukan itu menjadi berkat.+
-