-
Kejadian 37:7Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
7 Aku nampak kita sedang mengikat gandum di tengah ladang. Kemudian, berkas gandumku berdiri tegak, dan berkas-berkas gandum kamu mengelilingi berkas gandumku lalu sujud kepada berkas gandumku.”+
-
-
Kejadian 49:26Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
26 Berkat yang diberikan oleh bapanya lebih unggul daripada barang-barang bernilai di gunung-ganang yang abadi, dan lebih unggul daripada keindahan bukit-bukit yang kekal.+ Berkat-berkat itu akan sentiasa dicurahkan ke atas kepala Yusuf, iaitu ke atas kepala orang yang terpilih dalam kalangan adik-beradiknya.+
-
-
1 Tawarikh 5:1, 2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
5 Ruben,+ anak sulung Israel, mempunyai anak-anak lelaki. Meskipun dia ialah anak yang sulung, dia kehilangan haknya sebagai anak sulung kerana dia telah meniduri gundik bapanya.*+ Haknya sebagai anak sulung diberikan kepada anak-anak lelaki Yusuf,+ anak Israel. Oleh itu, dalam salasilah keluarga mereka, dia tidak disenaraikan sebagai anak sulung. 2 Yehuda+ mempunyai kedudukan yang lebih penting daripada adik-beradiknya dan daripada sukunya, seorang pemerintah akan lahir,+ tetapi hak sebagai anak sulung menjadi milik Yusuf.
-