-
Matius 1:19Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
19 Yusuf, suaminya, ialah orang yang baik. Dia tidak mahu memalukan isterinya di hadapan umum. Oleh itu, dia berniat untuk menceraikan Maria secara diam-diam.+
-
-
Matius 19:3-8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 Beberapa orang Farisi datang kepadanya dengan niat untuk mengujinya. Mereka bertanya, “Adakah seseorang melanggar hukum jika dia menceraikan isterinya atas sebarang alasan?”+ 4 Dia menjawab, “Belum pernahkah kamu membaca bahawa Dia yang menciptakan manusia pada mulanya menciptakan lelaki dan perempuan?+ 5 Belum pernahkah kamu membaca bahawa Dia juga berfirman, ‘Itulah sebabnya seorang lelaki akan meninggalkan ibu bapanya dan tinggal bersama* isterinya, lalu mereka berdua akan menjadi satu’?+ 6 Maka, mereka bukan lagi dua tetapi satu. Oleh itu, mereka yang telah disatukan* oleh Tuhan tidak boleh dipisahkan oleh manusia.”+ 7 Mereka berkata, “Kalau begitu, mengapakah Musa mengatakan bahawa orang yang mahu menceraikan isterinya perlu memberinya surat cerai?”+ 8 Dia menjawab, “Musa mengizinkan kamu menceraikan isteri kerana hati kamu degil.+ Tetapi halnya tidak demikian pada mulanya.+
-