-
Bilangan 21:21-24Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
21 Selepas itu, umat Israel menghantar beberapa orang utusan kepada Sihon, raja orang Amori, dengan pesanan berikut:+ 22 “Benarkanlah hamba sekalian melalui negeri tuanku. Hamba sekalian tidak akan melalui ladang atau kebun anggur tuanku, dan hamba sekalian tidak akan minum air dari mana-mana perigi tuanku. Hamba sekalian hanya akan berjalan melalui Jalan Raja sehingga hamba sekalian keluar dari negeri tuanku.”+ 23 Tetapi Raja Sihon tidak membenarkan orang Israel melalui negerinya. Sebaliknya, dia mengumpulkan semua tenteranya lalu pergi ke Yahas untuk menyerang orang Israel yang sedang berada di kawasan padang belantara.+ 24 Namun orang Israel mengalahkannya+ dan merampas negerinya,+ dari kawasan Lembah Arnon+ sampai ke Yabok+ yang terletak berhampiran kawasan orang Ammon. Tetapi mereka tidak menakluki Yaezer,+ kerana Yaezer terletak di sempadan negeri orang Ammon.+
-
-
Ulangan 2:32-34Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
32 Apabila Sihon keluar bersama semua tenteranya untuk menyerang kita di Yahas,+ 33 Yehuwa, Tuhan kita, telah menyerahkannya kepada kita, sehingga kita dapat mengalahkannya, putera-puteranya, dan semua rakyatnya. 34 Pada masa itu, kita menawan dan memusnahkan semua kotanya, serta membunuh semua lelaki, perempuan, dan kanak-kanak di situ. Kita tidak membiarkan seorang pun hidup.+
-