-
Keluaran 34:15, 16Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
15 Berhati-hatilah dan jangan membuat perjanjian dengan penduduk di tanah itu. Hal ini demikian kerana apabila mereka mempersembahkan korban dan menyembah tuhan-tuhan mereka,*+ mereka akan menjemput kamu, lalu kamu akan memakan korban yang telah dipersembahkan itu.+ 16 Kemudian kamu pasti akan mengahwinkan anak lelaki kamu dengan anak perempuan mereka.+ Apabila anak perempuan mereka menyembah tuhan-tuhan lain, anak lelaki kamu juga akan berbuat demikian.+
-
-
Bilangan 25:1, 2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
25 Semasa umat Israel berkhemah di Sitim,+ kaum lelaki orang Israel mula melakukan hubungan seks dengan perempuan-perempuan Moab.+ 2 Perempuan Moab mengajak orang Israel pergi mempersembahkan korban kepada dewa-dewa mereka.+ Maka orang Israel memakan korban-korban itu dan mula bersujud menyembah dewa-dewa orang Moab.+
-
-
Ulangan 7:3, 4Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 Jangan menjalin ikatan perkahwinan dengan mereka. Jangan mengahwinkan anak perempuan kamu dengan anak lelaki mereka, dan jangan mengambil anak perempuan mereka untuk dijadikan isteri anak lelaki kamu.+ 4 Hal ini demikian kerana mereka akan menyebabkan anak-anak lelaki kamu menyembah tuhan-tuhan lain.+ Jika hal ini berlaku, Yehuwa pasti akan murka terhadap kamu dan membinasakan kamu dengan serta-merta.+
-