15 Keluarga-keluarga dalam suku Yehuda menerima tanah setelah membuang undi.+ Tanah itu terbentang ke sempadan Edom,+ sampai ke padang belantara Zin, dan ke hujung selatan Negeb. 2 Sempadan tanah di sebelah selatan bermula dari hujung Laut Mati,+ iaitu dari teluk yang menghadap selatan.