-
1 Tawarikh 15:2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
2 Pada waktu itu, Daud berkata, “Tiada sesiapa pun yang boleh mengangkat tabut Tuhan yang benar, kecuali orang Lewi, kerana Yehuwa telah memilih mereka untuk mengangkat tabut Yehuwa dan sentiasa berkhidmat kepada-Nya.”+
-
-
1 Tawarikh 15:15Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
15 Kemudian orang Lewi mengangkat tabut Tuhan yang benar di bahu mereka dengan kayu-kayu pengusung,+ seperti yang telah diperintahkan oleh Yehuwa melalui Musa.
-
-
2 Tawarikh 5:4-6Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
4 Apabila semua pemimpin orang Israel tiba, orang Lewi pun mengangkat tabut itu.+ 5 Para imam dan orang Lewi* membawa tabut itu, khemah pertemuan,+ dan semua peralatan suci yang ada di dalam khemah itu. 6 Raja Salomo dan segenap umat Israel yang telah dijemput untuk menghadapnya, berkumpul di hadapan tabut perjanjian. Ada begitu banyak biri-biri dan lembu yang dikorbankan+ sehingga bilangannya tidak dapat dikira.
-