-
Yeremia 32:4, 5Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
4 Zedekia, raja Yehuda, tidak akan dapat melarikan diri daripada orang Kasdim. Dia akan diserahkan ke dalam tangan raja Babilon. Dia akan bersemuka dengan raja itu dan bercakap dengannya.”’+ 5 ‘Raja itu akan membawa Zedekia ke Babilon, dan Zedekia akan tinggal di sana sampai Aku menghalakan perhatian-Ku kepadanya,’ firman Yehuwa. ‘Meskipun kamu terus melawan orang Kasdim, kamu tidak akan berjaya.’”+
-
-
Yehezkiel 12:12, 13Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
12 Pemimpin mereka akan memikul barang-barangnya di atas bahu dan berangkat dalam kegelapan. Dia akan membuat lubang pada dinding rumahnya, dan membawa barang-barangnya keluar melalui lubang itu.+ Dia akan menutupi mukanya supaya dia tidak dapat melihat tanah.’ 13 Aku akan membentangkan jaring-Ku ke atas pemimpin itu dan menangkapnya.+ Kemudian Aku akan membawanya ke Babilon, ke negeri orang Kasdim, tetapi dia akan mati di situ tanpa melihat kota itu.+
-
-
Yehezkiel 17:16Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
16 “‘“Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri,” firman Yehuwa, Tuhan yang hidup, Tuhan Yang Berdaulat, “bahawa raja negeri itu akan mati di Babilon, iaitu tempat tinggal raja* yang telah melantik dia* menjadi raja. Hal ini demikian kerana dia telah melanggar perjanjian itu dan memandang ringan sumpahnya.+
-