-
Yosua 1:7, 8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
7 “Hendaklah engkau berani dan teguh. Pastikan engkau sentiasa mematuhi seluruh Hukum yang telah diperintahkan oleh hamba-Ku Musa kepadamu. Janganlah menyimpang daripada Hukum itu, baik ke kiri mahupun ke kanan,+ agar engkau dapat bertindak dengan bijak ke mana pun engkau pergi.+ 8 Hendaklah engkau sentiasa bercakap tentang kitab yang mengandungi Hukum itu.+ Bacalah dan renungkannya siang dan malam, supaya engkau mematuhi semua yang tertulis dalamnya dengan sungguh-sungguh.+ Dengan demikian, engkau akan berjaya dan bertindak dengan bijak.+
-
-
1 Raja-Raja 2:3Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 Hendaklah kamu taat kepada Yehuwa, Tuhanmu, dengan hidup menurut haluan-Nya. Kamu haruslah mendengarkan perintah, hukum, peraturan, dan semua peringatan Tuhan yang tertulis dalam Hukum Musa.+ Dengan demikian, kamu akan berjaya dalam segala usahamu, tidak kira di mana kamu berada.
-
-
Mazmur 119:100Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
100 Pemahamanku melebihi pemahaman orang tua,
Kerana aku mematuhi perintah-Mu.
-
-
2 Timotius 3:14, 15Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
14 Namun, hendaklah kamu terus berpegang pada apa yang telah kamu pelajari dan apa yang telah kamu percayai selepas diyakinkan.+ Kamu tahu siapa yang mengajarkannya kepada kamu 15 dan sejak bayi lagi,+ kamu telah mengenal tulisan-tulisan suci+ yang dapat membantu kamu menjadi bijaksana, dan yang membawa penyelamatan kerana kamu beriman kepada Kristus Yesus.+
-