-
Habakuk 2:9Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 Malanglah orang yang memperoleh keuntungan untuk keluarganya dengan cara yang tidak jujur.
Orang itu membina rumahnya di tempat yang tinggi
Untuk menyelamatkan diri daripada genggaman malapetaka!
-
-
Wahyu 18:11, 12Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
11 “Para saudagar di bumi juga menangis dan meratap kerananya. Hal itu demikian kerana tiada lagi orang yang akan membeli semua barang dagangan mereka. 12 Barang dagangan ini termasuk emas, perak, batu permata, mutiara, kain linen bermutu tinggi, kain ungu, kain sutera, kain merah marak, segala sesuatu yang diperbuat daripada kayu wangi, segala sesuatu yang diperbuat daripada gading, kayu yang berharga, tembaga, besi, dan marmar.
-
-
Wahyu 18:19Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
19 Mereka menghamburkan debu ke atas kepala mereka sambil berseru, menangis, dan meratap. Mereka berkata, ‘Alangkah malangnya, alangkah malangnya, hai kota besar itu! Di situlah orang yang memiliki kapal-kapal di laut menjadi kaya disebabkan kekayaan kota itu. Tetapi dalam satu jam, dia telah dibinasakan!’+
-