11 Setelah mendengar hal itu, Daud mengoyakkan pakaiannya. Semua anak buahnya yang ada bersamanya juga berbuat demikian. 12 Mereka semua meraung, menangis, dan berpuasa+ sehingga petang kerana Saul, Yonatan, umat Yehuwa, dan bangsa Israel+ telah dibunuh dengan pedang.