PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ulangan 28:49-51
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 49 “Yehuwa akan mendatangkan suatu bangsa dari hujung bumi untuk menyerang kamu,+ iaitu sebuah bangsa yang bahasanya tidak kamu fahami.+ Mereka akan menyerang kamu seperti burung helang menyambar mangsanya.+ 50 Mereka merupakan sebuah bangsa yang ganas dan kejam. Mereka tidak berbelas kasihan terhadap sesiapa pun, baik orang tua mahupun kanak-kanak.+ 51 Mereka akan memakan ternakan kamu dan hasil tanaman kamu sehingga kamu dilenyapkan. Mereka tidak akan meninggalkan bijirin, minyak, wain baharu, anak lembu, atau anak bebiri, untuk kamu sehingga kamu dimusnahkan.+

  • Yeremia 5:15-17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 “Hai bangsa Israel, Aku akan menyuruh suatu bangsa dari tempat yang jauh untuk menyerang kamu,”+ firman Yehuwa.

      “Bangsa ini sudah lama wujud.

      Ya, bangsa ini sudah wujud sejak purbakala lagi.

      Kamu tidak memahami bahasa mereka,

      Dan kamu tidak mengerti kata-kata mereka.+

      16 Bekas anak panah mereka seperti kuburan yang terbuka.

      Mereka semua ialah pahlawan yang perkasa.

      17 Mereka akan menghabiskan hasil tuaian kamu dan roti kamu.+

      Mereka akan membunuh anak-anak kamu.

      Mereka akan menyembelih kawanan bebiri, kambing, dan lembu kamu.

      Mereka akan menebang pokok anggur dan pokok ara kamu.

      Mereka akan menggunakan pedang untuk menghancurkan kota-kota berkubu yang kamu harapkan.”

  • Yeremia 6:22, 23
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 22 Inilah firman Yehuwa:

      “Lihatlah! Sebuah bangsa akan datang dari negeri di utara.

      Ya, sebuah bangsa yang kuat akan dibangkitkan dari hujung bumi.+

      23 Mereka bersenjatakan busur dan lembing.

      Mereka kejam dan tidak berbelas kasihan.

      Suara mereka bagaikan bunyi laut yang bergelora,

      Dan mereka menunggang kuda.+

      Hai kota Sion, mereka seperti askar yang mahir, dan mereka akan mengatur barisan perang untuk menyerangmu.”

  • Yehezkiel 23:22, 23
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 22 “Oleh itu, hai Oholiba, inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Engkau telah berpaling daripada kekasih-kekasihmu+ dengan jijik, tetapi Aku akan mengumpulkan mereka dari semua arah dan mereka akan melawanmu.+ 23 Ya, Aku akan membawa orang Babilon,+ semua orang Kasdim,+ orang Pekod,+ orang Soa, orang Koa, dan semua orang Assyria kepadamu. Mereka semua ialah pemuda-pemuda tampan, pembesar, gabenor, pahlawan, dan penasihat yang terpilih, yang menunggang kuda.

Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2021)
Log Keluar
Log Masuk
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2021 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi