-
Imamat 23:34Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
34 “Beritahulah orang Israel, ‘Perayaan Pondok Daun bagi Aku, Yehuwa, akan bermula pada hari ke-15 bulan ketujuh. Kamu harus menyambut perayaan itu selama tujuh hari.+
-
-
Nehemia 8:14, 15Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
14 Menurut hukum yang diberikan oleh Yehuwa melalui Musa, mereka mendapati bahawa orang Israel perlu tinggal di dalam pondok-pondok* semasa mereka menyambut perayaan pada bulan ketujuh.+ 15 Mereka juga perlu mengumumkan+ perintah berikut di semua kota dan di seluruh Yerusalem: “Pergilah ke kawasan pergunungan, dan bawalah dahan-dahan daripada pokok zaitun, pokok pain, pokok mirtel, pokok palma, dan pokok-pokok lain, lalu dirikanlah pondok menurut apa yang tertulis.”
-