-
Matius 10:1Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
10 Dia memanggil 12 orang muridnya dan memberi mereka kuasa atas roh-roh jahat,+ supaya mereka dapat mengusir roh jahat dan menyembuhkan semua jenis penyakit dan masalah kesihatan.
-
-
Lukas 9:1-6Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 Kemudian Yesus memanggil 12 orang rasulnya dan memberi mereka kuasa untuk mengusir semua roh jahat+ dan menyembuhkan penyakit.+ 2 Selepas itu, dia mengutus mereka untuk menyebarkan berita tentang Kerajaan Tuhan dan menyembuhkan orang. 3 Dia berkata kepada mereka, “Janganlah membawa apa-apa untuk perjalanan kamu. Janganlah membawa tongkat, beg makanan, roti, wang perak, ataupun dua helai baju.*+ 4 Setiap kali kamu memasuki sebuah rumah, tinggallah di sana sehingga kamu meninggalkan tempat itu.+ 5 Jika orang di sesebuah kota tidak menerima kamu, kebaskanlah debu daripada kaki kamu semasa kamu beredar sebagai amaran kepada mereka.”+ 6 Mereka pun bertolak dan pergi dari pekan ke pekan di seluruh kawasan itu. Mereka menghebahkan berita baik dan menyembuhkan orang di mana-mana sahaja.+
-