-
Roma 2:28, 29Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
28 Sesiapa yang merupakan orang Yahudi secara luaran bukanlah orang Yahudi yang sebenar,+ dan sunat luaran bukanlah sunat yang sebenar.+ 29 Sebaliknya, orang Yahudi yang sebenar ialah orang yang berjiwa Yahudi,+ dan sunat yang diterimanya ialah sunat di hati,+ yang dibimbing oleh kuasa suci Tuhan dan bukannya berdasarkan hukum bertulis.+ Orang sebegini akan menerima pujian, bukan daripada manusia,+ tetapi daripada Tuhan.
-
-
Roma 9:7, 8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
7 Biarpun mereka keturunan Abraham, hal ini tidak bermaksud mereka semuanya anak Abraham yang sebenar.+ Sebaliknya ada tertulis, “Keturunanmu akan datang daripada Ishak.”+ 8 Maksudnya, bukan semua keturunan Abraham merupakan anak-anak Tuhan yang sebenar.+ Hanya anak-anak yang dilahirkan menurut janji+ Tuhan dianggap sebagai keturunan Abraham yang sebenar.
-
-
Galatia 3:7Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
7 Sudah tentu kamu tahu bahawa mereka yang beriman ialah keturunan Abraham.+
-