-
Kisah 10:30-33Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
30 Kornelius menjawab, “Empat hari yang lalu, aku sedang berdoa di rumah kira-kira pada jam tiga petang.* Ketika itu, seorang lelaki yang pakaiannya bersinar-sinar muncul di hadapan aku. 31 Dia berkata, ‘Kornelius, Tuhan telah mendengar doamu dan Dia berkenan kepadamu. Dia sudah melihat bagaimana kamu membantu orang miskin. 32 Utuslah beberapa orang ke Yope untuk memanggil Simon yang juga dipanggil Petrus. Dia sedang menumpang di rumah seorang penyamak kulit yang bernama Simon. Rumahnya terletak di tepi laut.’+ 33 Itulah sebabnya aku segera mengutus orang untuk memanggil kamu, dan kamu sungguh baik hati kerana sudi datang. Sekarang kami semua berkumpul di hadapan Tuhan untuk mendengar apa sahaja yang diperintahkan oleh Yehuwa* kepadamu untuk dikatakan.”
-