-
2 Timotius 4:3, 4Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 Hal ini demikian kerana akan tiba suatu jangka masa apabila orang tidak akan mendengarkan ajaran yang sihat.*+ Tetapi mereka akan menuruti keinginan sendiri dan mengumpulkan guru-guru yang akan menggeletek telinga mereka.*+ 4 Mereka tidak lagi mahu mendengar kebenaran tetapi akan memberikan perhatian kepada cerita-cerita palsu.
-
-
1 Yohanes 2:18, 19Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
18 Anak-anak yang dikasihi, sekaranglah waktu yang terakhir. Kamu pernah mendengar bahawa musuh Kristus* akan datang.+ Banyak musuh Kristus sudah pun muncul,+ maka kita tahu bahawa sekaranglah waktu yang terakhir. 19 Mereka sudah meninggalkan kita kerana mereka tidak termasuk dalam golongan kita.+ Jika mereka termasuk dalam golongan kita, tentu mereka akan tetap bersama-sama kita. Tetapi mereka meninggalkan kita, maka nyatalah bahawa bukan semua orang termasuk dalam golongan kita.+
-