-
1 Tesalonika 4:16, 17Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
16 kerana Tuan kita akan turun dari syurga sambil memegang trompet Tuhan. Dia akan berseru dengan suara yang lantang, dengan suara ketua malaikat,+ dan pengikut Kristus yang sudah meninggal akan bangkit terlebih dahulu.+ 17 Selepas itu, kita yang masih hidup akan dibawa bersama-sama mereka di dalam awan+ untuk berjumpa dengan Tuan kita+ di langit. Dengan demikian, kita akan sentiasa bersama-sama Tuan kita.+
-