PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Tesalonika 2:1, 2
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 2 Namun, saudara-saudara, mengenai kehadiran Tuan kita, Yesus Kristus,+ dan mengenai hal kita dikumpulkan bersama-sama kepadanya,+ inilah permintaan kami kepada kamu: 2 Janganlah membiarkan fikiran kamu cepat dikelirukan, dan janganlah kamu cemas jika kamu mendengar bahawa hari Yehuwa*+ sudah tiba. Kamu mungkin mendengar hal itu melalui pernyataan yang nampaknya diilhami oleh Tuhan,+ melalui kata-kata orang, atau melalui surat yang nampaknya berasal daripada kami.

  • 2 Timotius 4:3, 4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Hal ini demikian kerana akan tiba suatu jangka masa apabila orang tidak akan mendengarkan ajaran yang sihat.*+ Tetapi mereka akan menuruti keinginan sendiri dan mengumpulkan guru-guru yang akan menggeletek telinga mereka.*+ 4 Mereka tidak lagi mahu mendengar kebenaran tetapi akan memberikan perhatian kepada cerita-cerita palsu.

  • 2 Petrus 2:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 2 Pada masa dahulu, ada nabi-nabi palsu yang muncul dalam kalangan umat Tuhan. Begitu juga, guru-guru palsu akan muncul dalam kalangan kamu.+ Secara diam-diam, mereka akan memperkenalkan kumpulan agama yang membinasakan. Mereka bahkan akan menyangkal tuan mereka yang telah membeli mereka.+ Dengan demikian, mereka mendatangkan kemusnahan yang akan menimpa diri mereka sendiri secara mendadak.

Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi