-
Kejadian 48:15, 16Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
15 Kemudian dia memberkati Yusuf dan berkata,+
“Semoga Tuhan yang benar, yang disembah* nenek moyangku Abraham dan Ishak,+
Tuhan yang benar, yang menjadi gembalaku untuk seumur hidupku sehingga sekarang,+
16 Tuhan yang mengutus malaikat-Nya untuk menyelamatkan* aku daripada segala malapetaka,+ memberkati anak-anak ini.+
Semoga namaku dan nama nenek moyangku, Abraham dan Ishak, sentiasa dikenang kerana anak-anak ini.
Semoga mereka mempunyai banyak anak cucu di bumi.”+
-
-
Kejadian 48:20Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
20 Israel memberkati mereka pada hari itu+ dengan berkata,
“Orang Israel akan menyebut namamu apabila mereka memberkati orang. Mereka akan berkata,
‘Semoga Tuhan menjadikan kamu seperti Efraim dan Manasye.’”
Demikianlah Yakub mengutamakan Efraim daripada Manasye.
-