PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 8 ms. 26-ms. 27 per. 1
  • Abraham dan Sara Mendengar Cakap Tuhan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Abraham dan Sara Mendengar Cakap Tuhan
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • Abraham—Sahabat Tuhan
    Buku Cerita Bible Saya
  • Yehuwa Memanggilnya “Sahabat-Ku”
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
  • Kepercayaan Abraham Diuji
    Buku Cerita Bible Saya
  • Adakah Anda Menantikan “Kota yang Mempunyai Asas yang Kukuh”?
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2020
Lihat Selanjutnya
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 8 ms. 26-ms. 27 per. 1
Abraham dan Sara berangkat dari kota Ur

CERITA 8

Abraham dan Sara Mendengar Cakap Tuhan

Tidak jauh dari Babel, terdapat sebuah kota yang dipanggil Ur. Penduduk di sana menyembah tuhan-tuhan palsu dan bukannya Yehuwa. Namun, di kota itu terdapat seorang lelaki yang menyembah Yehuwa dengan setia. Namanya ialah Abraham.

Yehuwa berkata kepada Abraham, “Tinggalkanlah negerimu dan saudara-maramu, dan pergilah ke tempat yang akan Aku tunjukkan kepadamu.” Kemudian Tuhan berjanji, “Keturunanmu akan menjadi bangsa yang besar. Melalui kamu, Aku akan memberkati orang lain.”

Walaupun Abraham tidak tahu ke mana dia harus pergi, dia tetap percaya kepada Yehuwa. Jadi, Abraham dan isterinya, Sara, serta ayahnya, Terah, dan anak saudaranya, Lot, pun mengemaskan barang-barang dan berangkat dari Ur.

Akhirnya, Abraham dan keluarganya tiba di Kanaan, tanah yang dijanjikan Yehuwa. Pada masa itu, Abraham berumur 75 tahun. Kemudian, Yehuwa berfirman kepada Abraham, “Aku akan memberikan negeri ini kepada keturunanmu.” Tetapi, Abraham dan Sara sudah tua dan mereka tidak mempunyai anak. Jadi, bagaimanakah Yehuwa akan menunaikan janji-Nya?

Abraham dan keluarganya memulakan perjalanan ke tanah Kanaan

“Kerana beriman, Abraham mematuhi Tuhan . . . untuk pergi ke tempat yang akan diberikan sebagai warisan kepadanya. Abraham meninggalkan negerinya meskipun dia tidak tahu ke mana dia akan pergi.”​—Ibrani 11:8

Soalan: Apakah perintah Yehuwa kepada Abraham? Apakah janji-janji Yehuwa kepada Abraham?

Kejadian 11:29–12:9; Kisah 7:2-4; Galatia 3:6; Ibrani 11:8

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2026 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi