PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w16 Disember ms. 29-31
  • Sikap Lemah Lembut Menunjukkan Kebijaksanaan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Sikap Lemah Lembut Menunjukkan Kebijaksanaan
  • Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • SIKAP LEMAH LEMBUT ADALAH BIJAK
  • Kelemahlembutan—Bermanfaat untuk Kita
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2020
Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
w16 Disember ms. 29-31
Seorang saudari yang menjaga orang tua sedang bercakap dengan seorang wanita yang marah

Sikap Lemah Lembut Menunjukkan Kebijaksanaan

Pekerjaan seorang saudari yang bernama Toñi adalah menjaga orang tua. Apabila dia pergi ke rumah di mana dia bekerja, seorang wanita yang berusia sekitar 50 tahun membuka pintu. Wanita itu memarahi Toñi kerana dia tidak datang lebih awal untuk menjaga ibunya. Sebenarnya Toñi tidak lambat, tetapi dia dengan tenang meminta maaf kepada wanita itu.

PADA lain hari, wanita itu memarahi Toñi sekali lagi. Apakah reaksi Toñi? Dia berkata, “Situasi itu sangat susah. Wanita itu tiada alasan untuk memarahi saya.” Walaupun begitu, Toñi meminta maaf dan memberitahu bahawa dia faham penderitaan wanita itu.

Jika anda berada dalam situasi Toñi, apakah reaksi anda? Adakah anda akan cuba bersikap lemah lembut? Atau mungkinkah susah bagi anda untuk menahan kemarahan? Sudah tentu, tidak mudah untuk bertenang jika anda menghadapi situasi sebegini. Apabila kita berasa tertekan, adalah sangat mencabar untuk menunjukkan kelemahlembutan.

Bible menggalakkan orang Kristian untuk menunjukkan kelemahlembutan. Sebenarnya, Firman Tuhan mengaitkan sifat ini dengan kebijaksanaan. Yakobus menulis, “Siapakah antara kamu yang bijaksana dan berpengertian? Dia harus membuktikannya menerusi kelakuan yang baik, dan biarlah kebijaksanaan itu mendorongnya untuk melakukan segalanya dengan lemah lembut.” (Yak. 3:13) Mengapakah menunjukkan kelemahlembutan ialah bukti bahawa kita bijaksana? Apakah yang boleh membantu kita memupuk sikap ini?

SIKAP LEMAH LEMBUT ADALAH BIJAK

Sikap lemah lembut dapat mengurangkan ketegangan. “Jawapan yang lembut meredakan kemarahan, sedangkan kata-kata yang pedas membangkitkan amarah.”​—Ams. 15:1.

Kemarahan boleh memburukkan lagi situasi kerana hal itu seperti menuang minyak ke dalam api. (Ams. 26:21) Tetapi, sikap lemah lembut dapat menenangkan situasi. Sikap tersebut boleh meredakan seseorang yang berada dalam keadaan marah.

Toñi telah mengalami hal tersebut. Disebabkan reaksi Toñi yang lemah lembut, wanita itu tiba-tiba menitiskan air mata. Wanita itu menjelaskan bahawa dia dibelenggu oleh masalah peribadi dan masalah keluarga. Toñi telah memberikan kesaksian yang baik dan sebuah pembelajaran Bible dapat dimulakan. Semua ini ialah hasil daripada sikapnya yang tenang dan suka berdamai.

Sikap lemah lembut membawa kebahagiaan. “Berbahagialah orang yang lemah lembut, kerana mereka akan mewarisi bumi.”​—Mat. 5:5.

Mengapakah orang yang lemah lembut berasa bahagia? Hal ini demikian kerana ramai individu yang dahulunya ganas berusaha memupuk kelemahlembutan dan kemudiannya menjadi bahagia. Kehidupan mereka telah berubah, dan mereka menantikan masa depan yang menakjubkan. (Kol. 3:12) Adolfo, seorang penyelia litar di Sepanyol mengingat semula kehidupannya sebelum dia memeluk kebenaran.

Adolfo berkata, “Hidup saya tiada tujuan. Saya cepat naik angin sehingga kawan-kawan berasa takut akan reaksi saya yang angkuh dan ganas. Akhirnya, hidup saya berubah apabila saya terlibat dalam satu pergaduhan. Saya hampir mati kerana ditikam sebanyak enam kali.”

Sekarang, Adolfo mengajar orang lain untuk bersikap lemah lembut melalui kata-katanya dan teladannya. Ramai yang tertarik dengan sifatnya yang mudah didekati. Adolfo mengatakan bahawa dia sangat gembira selepas membuat perubahan. Dia bersyukur kepada Yehuwa kerana membantunya memupuk sikap lemah lembut.

Sikap lemah lembut menggembirakan Yehuwa. “Hai anakku, hendaklah kamu bijak, supaya aku gembira dan dapat menjawab jika dicela.”​—Ams. 27:11.

Yehuwa telah dicabar oleh musuh-Nya, Iblis. Tuhan ada alasan untuk marah kerana dicabar. Namun Bible menggambarkan Yehuwa sebagai Individu yang “tidak cepat murka.” (Kel. 34:6) Apabila kita berusaha untuk meniru sikap Tuhan yang tidak cepat marah dan kelemahlembutan-Nya, kita sebenarnya menunjukkan kebijaksanaan yang menggembirakan Yehuwa.​—Ef. 5:1.

Dunia sekarang dipenuhi dengan orang yang ‘bercakap besar, bersikap angkuh, menghina Tuhan, suka memfitnah, tidak tahu mengawal diri, dan garang.’ (2 Tim. 3:2, 3) Namun, hal itu tidak seharusnya menghalang orang Kristian daripada memupuk kelemahlembutan. Firman Tuhan mengingatkan kita bahawa “kebijaksanaan yang datang dari syurga” merangkumi sikap ‘suka akan kedamaian dan munasabah.’ (Yak. 3:17) Dengan menunjukkan sikap suka berdamai dan munasabah, kita membuktikan bahawa kita memperoleh kebijaksanaan daripada Tuhan. Hal itu dapat mendorong kita untuk bersikap lemah lembut walaupun orang lain cuba menyebabkan kita menjadi marah. Kita juga akan menghampiri Sumber kebijaksanaan yang teragung, Yehuwa.

Cara Memupuk Sikap Lemah Lembut

Jika seseorang melayan anda dengan kasar atau tidak adil, apakah yang boleh membantu anda untuk mengawal emosi dan bertindak dengan cara yang menyenangkan Yehuwa? Cubalah renungkan prinsip-prinsip yang berikut:

  1. 1 HINDARI “KECENDERUNGAN MENTAL DUNIA.”​—1 Kor. 2:12. Ramai orang berasa bahawa menunjukkan kelemahlembutan merupakan satu kelemahan. Mereka berfikir bahawa seseorang harus tegas dan agresif agar dipandang sebagai orang yang kuat. Pemikiran sedemikian mencerminkan kecenderungan mental dunia dan bukannya kebijaksanaan daripada syurga. Bible menjelaskan bahawa sikap lemah lembut mempunyai kelebihan. “Kesabaran yang disertai kata-kata lembut dapat meyakinkan para penguasa dan menghancurkan segala tentangan.”​—Ams. 25:15.

    Soalan perenungan:

    Adakah saya memandang sikap lemah lembut sebagai kekuatan atau kelemahan?

    Adakah saya mengelakkan “perbuatan yang terhasil daripada keinginan yang berdosa” seperti perkelahian dan ledakan kemarahan?​—Gal. 5:19, 20.

  2. 2 BUAT PERENUNGAN. “Orang baik berfikir dahulu sebelum menjawab. Orang jahat menjawab tanpa berfikir sehingga mendatangkan kesusahan.” (Ams. 15:28) Jika kita bercakap dalam keadaan marah, kita mungkin terlanjur kata dan menyesal kemudian hari. Namun, dengan merenungkan atau berfikir sebelum bercakap, kita dapat memberikan reaksi yang lemah lembut dan menggalakkan orang lain untuk bertindak sedemikian juga.

    Soalan perenungan:

    Apakah kesannya kepada saya jika saya panas baran?

    Bolehkah saya berusaha mengekalkan kedamaian walaupun mengalami ketidakadilan?​—Ams. 19:11.

  3. 3 BERDOA SELALU. Berdoalah memohon daya aktif, iaitu daya yang paling berkuasa di seluruh alam semesta. (Luk. 11:13) Ingatlah buah daya aktif Tuhan merangkumi kelemahlembutan dan kawalan diri. Aldolfo mengatakan, “Apabila berada dalam situasi yang tegang, saya selalu berdoa kerana hal itu sangat membantu.” Jika kita “berdoa dengan tekun” meminta daya aktif, Yehuwa tentu akan menjawab doa kita.​—Rm. 12:12.

    Soalan perenungan:

    Adakah saya selalu berdoa supaya Yehuwa memeriksa niat hati saya?

    Adakah saya meminta daya aktif Tuhan dan kebijaksanaan agar dapat bertindak dalam cara yang menyenangkan hati-Nya?​—Mzm. 139:23, 24; Yak. 1:5.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2021)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2021 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi