KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
Teruslah Aktif dan Berjaga-jaga semasa Mengalami Perubahan
Perubahan merupakan lumrah hidup, terutamanya pada hari-hari terakhir ini. (1Ko 7:31) Sama ada kita menjangkakannya atau tidak, perubahan dalam hidup dapat mempengaruhi ibadat kita kepada Yehuwa. Apakah yang boleh membantu kita terus aktif dan berjaga-jaga semasa mengalami perubahan? Sila lihat video Mengekalkan Kerohanian sewaktu Berpindah. Kemudian, jawab soalan-soalan berikut:
Apakah nasihat yang diberikan oleh seorang saudara kepada ketua keluarga dalam video?
Bagaimanakah prinsip di Matius 7:25 dapat diterapkan oleh keluarga itu?
Apakah perancangan yang telah dibuat sebelum mereka berpindah? Bagaimanakah hal itu membantu mereka?
Apabila terdapat perubahan dalam sidang dan kawasan penyebaran, apakah yang membantu keluarga itu menyesuaikan diri?
Apakah perubahan besar yang saya alami baru-baru ini?
Bagaimanakah prinsip daripada video ini dapat diterapkan dalam situasi saya?