PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Selamat Datang.
Laman ini disediakan untuk membantu anda membuat penyelidikan dengan menggunakan bahan bacaan Saksi-Saksi Yehuwa yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa.
Untuk memuat turun bahan bacaan, sila kunjungi jw.org.
  • Hari Ini

Ahad, 12 Oktober

Yehuwa akan meneguhkan kamu, Dia akan menguatkan kamu, dan Dia akan mengukuhkan kamu.​—1 Ptr. 5:10.

Firman Tuhan sering menggambarkan orang yang setia sebagai orang yang kuat. Namun ada kalanya, mereka juga berasa lemah. Contohnya, Raja Daud pernah rasa bahawa dia “kuat seperti gunung,” tetapi pada masa yang lain dia “menjadi takut.” (Mzm. 30:7) Simson juga menjadi sangat kuat semasa dia dibimbing oleh kuasa suci Tuhan. Namun dia sedar bahawa tanpa bantuan Yehuwa, ‘kekuatannya akan hilang dan dia akan menjadi lemah seperti orang lain.’ (Hak. 14:​5, 6; 16:17) Lelaki-lelaki setia ini dapat menjadi kuat hanya dengan bantuan Yehuwa. Rasul Paulus mengakui bahawa dia juga memerlukan kuasa daripada Yehuwa. (2 Kor. 12:​9, 10) Dia ada masalah kesihatan. (Gal. 4:​13, 14) Selain itu, dia perlu bergelut untuk melakukan apa yang betul. (Rm. 7:​18, 19) Kadangkala dia juga berasa risau dan takut. (2 Kor. 1:​8, 9) Namun, apabila Paulus lemah, dia menjadi kuat kerana dia menerima kuasa daripada Yehuwa. w23.10 12 ¶1-2

Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari—2025

Isnin, 13 Oktober

Yehuwa melihat hati orang.​—1 Sam. 16:7.

Jika kita ada kalanya berasa diri tidak berguna, kita perlu ingat bahawa Yehuwalah yang memimpin kita kepada-Nya. (Yoh. 6:44) Dia tahu sifat-sifat baik kita yang kita sendiri mungkin tidak sedari, dan Dia lihat hati kita. (2 Taw. 6:30) Jadi, jika Yehuwa berkata bahawa kita berharga bagi-Nya, percayalah itu memang benar. (1 Yoh. 3:​19, 20) Ada antara kita yang berasa bersalah kerana dosa yang kita lakukan sebelum belajar kebenaran. (1 Ptr. 4:3) Orang Kristian yang setia pun perlu bergelut dengan kelemahan sendiri. Adakah anda rasa Yehuwa tidak mungkin mengampuni dosa anda? Jika ya, ingatlah bahawa hamba Yehuwa yang setia juga pernah berasa begitu. Misalnya, Paulus susah hati semasa memikirkan kelemahannya. (Rm. 7:24) Walaupun dia sudah bertaubat dan dibaptis, dia masih menggambarkan dirinya sebagai rasul “yang paling tidak penting” dan pendosa “yang paling teruk.”​—1 Kor. 15:9; 1 Tim. 1:15. w24.03 27 ¶5-6

Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari—2025

Selasa, 14 Oktober

Mereka mengabaikan Rumah Yehuwa.​—2 Taw. 24:18.

Daripada keputusan buruk Yehoas, kita belajar bahawa kita harus memilih sahabat yang membawa pengaruh baik, iaitu sahabat yang mengasihi Yehuwa dan ingin menggembirakan-Nya. Sahabat sebegini tidak semestinya sebaya dengan kita. Ingatlah, Yehoas jauh lebih muda daripada Yehoyada. Semasa memilih kawan, tanyalah diri, “Adakah mereka menguatkan iman saya? Adakah mereka mendorong saya untuk mengikut standard Yehuwa? Adakah mereka suka bercakap tentang Yehuwa dan kebenaran Bible? Adakah mereka menghormati standard Tuhan? Adakah mereka hanya mengatakan apa yang saya suka dengar, atau adakah mereka berani menegur saya jika saya berbuat silap?” (Ams. 27:​5, 6, 17) Ingatlah, orang yang tidak mengasihi Yehuwa tidak layak menjadi sahabat anda. Tetapi jika anda ada kawan yang mengasihi Yehuwa, jangan meninggalkan mereka, kerana inilah persahabatan yang akan membawa berkat seumur hidup.​—Ams. 13:20. w23.09 9 ¶6-7

Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari—2025
Selamat Datang.
Laman ini disediakan untuk membantu anda membuat penyelidikan dengan menggunakan bahan bacaan Saksi-Saksi Yehuwa yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa.
Untuk memuat turun bahan bacaan, sila kunjungi jw.org.
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Tetapan Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi