-
Jauhilah Perbuatan CabulTerus Hidup di Bawah Naungan Kasih Tuhan
-
-
3. Adakah rancangan Bileam berjaya?
3 Adakah rancangan Bileam berjaya? Boleh dikatakan ya. Beribu-ribu lelaki Israel tergoda dan “mula bersetubuh dengan perempuan Moab.” Mereka juga mula menyembah tuhan-tuhan orang Moab, termasuk Baal di Peor yang menjijikkan, iaitu tuhan kesuburan, atau seks. Akibatnya, 24,000 orang Israel telah dibunuh sejurus sebelum mereka dapat melangkah masuk ke Tanah yang Dijanjikan. Betapa dahsyatnya tragedi tersebut!—Bilangan 25:1-9.
-
-
Jauhilah Perbuatan CabulTerus Hidup di Bawah Naungan Kasih Tuhan
-
-
4. Mengapakah beribu-ribu orang Israel diumpan untuk melakukan perbuatan yang tidak bermoral?
4 Apakah yang mengakibatkan tragedi ini? Banyak dalam kalangan umat Tuhan memiliki hati yang jahat. Mereka telah meninggalkan Yehuwa walaupun Yehuwalah yang membebaskan mereka dari Mesir, memberi makanan kepada mereka di padang belantara, dan membimbing mereka dengan selamat ke sempadan Tanah yang Dijanjikan. (Ibrani 3:12) Mengenai hal ini, hawari Paulus telah menulis, “Janganlah kita lakukan hal-hal cabul seperti yang dilakukan oleh sebahagian daripada mereka. Dalam sehari dua puluh tiga ribu orang mati akibat perbuatan itu.”a—1 Korintus 10:8, ABB.
-
-
Jauhilah Perbuatan CabulTerus Hidup di Bawah Naungan Kasih Tuhan
-
-
a Angka yang dicatatkan dalam buku Bilangan merangkumi “pemimpin umat” yang dibunuh oleh para hakim (mungkin sebanyak 1,000 orang).—Bilangan 25:4, 5.
-