-
Keluaran 26:1-6Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
26 “Buatlah 10 helai kain untuk khemah suci.+ Kain-kain itu hendaklah dibuat daripada kain linen halus yang dipintal, benang biru, benang merah, dan kain bulu yang dicelup ungu. Sulamlah kain-kain itu dengan gambar kerub.+ 2 Ukuran setiap kain mestilah sama, iaitu 12.5 meter panjang dan 1.8 meter lebar.*+ 3 Sambungkan lima helai kain itu menjadi sehelai kain besar, begitu juga dengan lima helai kain yang lain. 4 Buatlah gelung-gelung daripada benang biru pada pinggir kain besar itu. Buatlah demikian pada pinggir kain besar yang satu lagi supaya kedua-duanya dapat disambungkan. 5 Buatlah 50 gelung pada pinggir kain besar itu dan 50 gelung pada pinggir kain besar yang satu lagi, supaya gelungan pada kedua-dua helai kain itu saling berpadanan apabila disambungkan. 6 Buatlah 50 bentuk cangkuk emas untuk menyambungkan kedua-dua kain itu. Dengan itu, kamu akan mendapat sehelai kain yang besar untuk khemah suci.+
-