PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Selamat Datang.
Laman ini disediakan untuk membantu anda membuat penyelidikan dengan menggunakan bahan bacaan Saksi-Saksi Yehuwa yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa.
Untuk memuat turun bahan bacaan, sila kunjungi jw.org.
  • Hari Ini

Selasa, 3 November

Kami sangat menyayangi kamu.​—1 Tes. 2:8.

Saudara sekalian, untuk jadi penatua, anda mesti “tidak bercela.” Maksudnya, anda harus ada nama atau reputasi baik dalam sidang. Anda tidak memberi saudara saudari sebab untuk menuduh anda berkelakuan buruk. (1 Tim. 3:2) Anda juga harus ada nama baik dalam kalangan orang luar. Orang yang bukan Saksi mungkin mengkritik kepercayaan anda, tetapi mereka tidak patut ada alasan untuk persoalkan kelakuan atau kejujuran anda. (Dan. 6:​4, 5) Tanyalah diri, “Adakah saya mempunyai nama baik di dalam dan di luar sidang?” Jika anda “mencintai apa yang baik,” anda akan mencari sifat baik orang dan puji mereka. (Tit. 1:8) Anda juga akan suka buat baik, dan bahkan rela buat lebih daripada apa yang diperlukan. Mengapakah sifat ini penting bagi penatua? Penatua perlu guna banyak masa dan tenaga untuk menggembala sidang dan buat tugasan. (1 Ptr. 5:​1-3) Jika mereka “mencintai apa yang baik,” mereka akan buat dengan rela hati dan meraih banyak sukacita kerana bantu orang.​—Kis. 20:35. w24.11 20-21 ¶3-5

Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari—2026

Rabu, 4 November

Lebih berbahagia memberi daripada menerima.​—Kis. 20:35.

Pembantu sidang melakukan kerja penting dalam sidang. Maka tidak hairanlah Rasul Paulus sangat menghargai mereka. Semasa menyampaikan salamnya kepada sidang di Filipi, dia khususnya menyebut tentang pembantu sidang. (Flp. 1:1) Ada saudara yang dilantik sebagai pembantu sidang semasa muda, dan ada yang dilantik semasa lebih tua. Sebagai contoh, Devan berumur 18 tahun semasa dilantik, manakala Luis dilantik semasa berumur lebih daripada 50 tahun. Namun mereka berkhidmat dengan sukacita. Luis berkata, “Saya berbesar hati kerana dapat melakukan kerja sebagai pembantu sidang, terutamanya semasa saya ingat bahawa saudara saudari sangat mengasihi saya!” Jika anda seorang saudara terbaptis dan belum lagi dilantik sebagai pembantu sidang, dapatkah anda berusaha mencapai matlamat itu? w24.11 14 ¶1-3

Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari—2026

Khamis, 5 November

Aku mohon kepada-Mu, ya Yehuwa, ingatlah bahawa aku telah melakukan apa yang baik di mata-Mu.​—2 Raj. 20:3.

Semasa berumur 39 tahun, Raja Hizkia dari Yehuda mendapat tahu bahawa dia menghidap penyakit yang teruk dan akan mati. (2 Raj. 20:1) Raja Hizkia menangis teresak-esak semasa mendengar berita itu. Dia juga berdoa dengan bersungguh-sungguh agar Yehuwa membantunya. Yehuwa mengasihani Hizkia lalu berkata kepadanya, “Aku telah mendengar doamu dan nampak air matamu. Aku akan menyembuhkan engkau.” Kemudian, Yehuwa menyuruh Yesaya untuk memberitahu Hizkia bahawa umurnya akan dipanjangkan. Tuhan juga berjanji untuk menyelamatkan Yerusalem daripada tentera Assyria. (2 Raj. 20:​4-6) Adakah anda menghidap penyakit yang nampaknya tidak dapat disembuhkan? Mintalah bantuan Yehuwa biarpun anda perlu berdoa sambil menangis. Bible meyakinkan kita bahawa Yehuwa ialah “Bapa yang berbelas kasihan dan Tuhan yang melegakan hati kita dalam apa jua situasi.”​—2 Kor. 1:​3, 4. w24.12 24 ¶15-17

Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari—2026
Selamat Datang.
Laman ini disediakan untuk membantu anda membuat penyelidikan dengan menggunakan bahan bacaan Saksi-Saksi Yehuwa yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa.
Untuk memuat turun bahan bacaan, sila kunjungi jw.org.
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2026 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Tetapan Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi