-
Keluaran 26:15-18Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
15 “Buatlah rangka-rangka+ daripada kayu akasia. Tegakkanlah rangka-rangka itu untuk membentuk dinding khemah suci.+ 16 Ukuran setiap rangka mestilah 445 sentimeter tinggi dan kira-kira 67 sentimeter lebar.* 17 Buatlah dua unjuran yang bersebelahan untuk setiap rangka. Semua rangka untuk khemah suci haruslah mempunyai unjuran seperti itu. 18 Buatlah 20 rangka untuk bahagian selatan khemah suci.
-