-
Keluaran 25:31-39Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
31 “Buatlah kaki pelita+ daripada emas tulen yang ditempa. Kaki pelita itu hendaklah mempunyai alas dan batang, dan dari batang itu akan ada cabang-cabang. Pada setiap cabang itu, akan ada sepal, kuncup, dan kelopak bunga.+ 32 Ada enam cabang yang keluar daripada batang kaki pelita itu, iaitu tiga pada satu sisi, dan tiga pada sisi sebelah. 33 Setiap cabang pada satu sisi haruslah mempunyai tiga sepal yang berbentuk bunga badam, tiga kuncup, dan tiga kelopak bunga. Semuanya disusun secara berselang-seli. Lakukanlah hal yang sama untuk setiap cabang yang ada pada sisi sebelah. Demikianlah keenam-enam cabang yang keluar daripada batang pelita itu. 34 Batang kaki pelita haruslah mempunyai empat sepal yang berbentuk bunga badam, empat kuncup, dan empat kelopak bunga. Semuanya disusun secara berselang-seli. 35 Ada satu kuncup di bawah pasangan cabang yang pertama, satu kuncup di bawah pasangan cabang yang kedua, dan satu kuncup lagi di bawah pasangan cabang yang ketiga. Demikianlah keenam-enam cabang yang keluar daripada batang pelita itu. 36 Kesemua kuncup dan cabang serta seluruh kaki pelita itu haruslah ditempa daripada seketul emas tulen.+ 37 Buatlah tujuh buah pelita pada kaki pelita itu supaya cahayanya akan memancar ke hadapan apabila pelita-pelita itu dinyalakan.+ 38 Penyepit dan bekas perbaraannya juga harus diperbuat daripada emas tulen.+ 39 Kaki pelita itu dan semua peralatannya haruslah diperbuat daripada 34.2 kilogram* emas tulen.
-