-
Keluaran 5:19Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
19 Para mandur orang Israel sedar bahawa mereka ditimpa masalah yang besar kerana mereka telah diarahkan, “Setiap hari, kamu mesti tetap menghasilkan batu bata sebanyak dahulu.”
-
-
Keluaran 5:21Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
21 Mereka berkata kepada Musa dan Harun, “Semoga Yehuwa melihat apa yang telah kamu lakukan dan menghukum kamu, kerana kamu telah menyebabkan Firaun dan pegawai-pegawainya membenci kami. Kamu telah memberi mereka pedang untuk membunuh kami.”+
-
-
Bilangan 14:2, 3Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
2 Segenap umat Israel mula bersungut-sungut terhadap Musa dan Harun.+ Mereka berkata, “Lebih baik kita mati di Mesir atau di padang belantara ini! 3 Mengapa Yehuwa ingin membawa kita ke tanah itu? Adakah Dia mahu kita dibunuh?+ Isteri dan anak-anak kita akan ditawan.+ Tidakkah lebih baik kita kembali ke Mesir?”+
-
-
Bilangan 20:3Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 Mereka mula bersungut-sungut terhadap Musa+ dan berkata, “Lebih baik kami mati bersama saudara-saudara kami yang mati di hadapan Yehuwa!
-