-
Imamat 6:2-5Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
2 “Jika seseorang berdosa dan bertindak tidak setia terhadap Aku, Yehuwa,+ kerana dia menipu saudaranya tentang sesuatu yang diberikan kepadanya untuk disimpan,+ atau mencuri barang saudaranya, atau berlaku tidak jujur terhadap saudaranya, 3 atau menjumpai sesuatu yang hilang tetapi menafikannya, atau mengangkat sumpah palsu dan berkata bahawa dia tidak melakukan dosa-dosa sebegini,+ inilah yang harus dilakukannya: 4 Jika dia memang berdosa, dia harus mengembalikan barang yang dicurinya, barang yang dirampasnya, barang yang diambilnya secara tidak jujur, barang yang diberikan kepadanya untuk disimpan, barang yang telah dijumpainya, 5 atau barang yang diperolehnya dengan mengangkat sumpah palsu. Pada hari dia didapati bersalah, dia harus membayar pampasan+ kepada pemilik itu, ditambah lagi dengan 20 peratus daripada jumlah itu.
-