-
Keluaran 37:10-15Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
10 Dia membuat sebuah meja daripada kayu akasia.+ Meja itu berukuran 89 sentimeter panjang, 44.5 sentimeter lebar, dan kira-kira 67 sentimeter tinggi.*+ 11 Dia menyaluti meja itu dengan emas tulen dan memasangkan bingkai emas pada bahagian atasnya. 12 Kemudian dia membuat jalur selebar 7.4 sentimeter* di sekeliling meja dan menghiasi jalur itu dengan pinggiran emas. 13 Dia juga membuat empat gelang daripada emas dan memasangkan gelang-gelang itu pada keempat-empat sudut, iaitu pada keempat-empat kaki meja. 14 Gelang-gelang itu dipasang dekat jalur meja sebagai tempat untuk memasukkan kayu pengusung. 15 Selepas itu, dia membuat kayu-kayu pengusung daripada kayu akasia dan menyalutinya dengan emas. Kayu-kayu itu digunakan untuk mengusung meja.
-