-
Bilangan 16:39, 40Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
39 Maka Imam Eleazar pun mengambil bekas-bekas perbaraan tembaga yang telah dipersembahkan oleh semua orang yang mati dibakar itu, lalu dia menempa semuanya menjadi kepingan logam untuk melapisi mazbah, 40 sebagaimana yang diperintahkan oleh Yehuwa melalui Musa. Kepingan logam itu menjadi suatu tanda amaran bagi semua umat Israel bahawa tiada sesiapa pun yang boleh menghampiri Yehuwa untuk mempersembahkan kemenyan kepada-Nya selain keturunan Harun.+ Kepingan logam itu juga menjadi suatu tanda amaran agar tiada sesiapa pun yang meniru haluan Korah dan para penyokongnya.+
-
-
1 Samuel 2:27, 28Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
27 Seorang utusan daripada Tuhan datang kepada Eli dan berkata, “Inilah firman Yehuwa: ‘Aku menampakkan diri kepada keluarga nenek moyangmu semasa mereka menjadi hamba kepada Firaun* di Mesir.+ 28 Daripada semua suku Israel,+ nenek moyangmu telah dipilih sebagai imam-Ku untuk mempersembahkan korban di atas mazbah,+ membakar kemenyan,* dan memakai efod semasa berkhidmat kepada-Ku. Aku telah memberi keluarga nenek moyangmu semua korban yang dibakar oleh orang Israel.+
-