-
Ulangan 14:7, 8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
7 Tetapi kamu tidak boleh makan binatang yang hanya memamah biak atau yang hanya mempunyai kuku yang terbelah sepenuhnya. Jangan makan unta, arnab,* dan tikus gunung,* kerana semua binatang itu memamah biak tetapi tidak mempunyai kuku yang terbelah sepenuhnya. Binatang-binatang itu harus dianggap haram.+ 8 Jangan makan babi kerana babi mempunyai kuku yang terbelah sepenuhnya tetapi tidak memamah biak. Binatang itu harus dianggap haram. Jangan makan daging binatang-binatang itu dan jangan sentuh bangkainya.
-