-
Imamat 9:18-20Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
18 Setelah itu, Harun menyembelih lembu jantan dan bebiri jantan untuk dipersembahkan sebagai korban pendamaian bagi pihak umat Israel. Anak-anak lelaki Harun membawa darah binatang-binatang itu kepadanya dan Harun memercikkan darah itu pada setiap sisi mazbah.+ 19 Kemudian anak-anak Harun mengambil lemak lembu itu+ dan ekor bebiri itu yang berlemak. Mereka juga mengambil ginjal, lemak yang meliputi organ dalaman, dan lemak yang ada pada hati kedua-dua binatang itu.+ 20 Mereka meletakkan semua lemak di atas dada binatang-binatang tersebut. Selepas itu Harun mengambil lemak itu lalu membakarnya sehingga asap naik dari mazbah.+
-
-
2 Tawarikh 7:7Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
7 Kemudian Salomo menyucikan bahagian tengah halaman yang ada di depan Rumah Yehuwa. Di situ, dia mempersembahkan korban-korban bakar+ dan lemak binatang daripada korban pendamaian. Hal ini demikian kerana mazbah tembaga+ yang dibina oleh Salomo terlalu kecil untuk korban-korban bakar, korban bijirin,+ dan lemak binatang.+
-