-
Bilangan 16:39, 40Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
39 Maka Imam Eleazar pun mengambil bekas-bekas perbaraan tembaga yang telah dipersembahkan oleh semua orang yang mati dibakar itu, lalu dia menempa semuanya menjadi kepingan logam untuk melapisi mazbah, 40 sebagaimana yang diperintahkan oleh Yehuwa melalui Musa. Kepingan logam itu menjadi suatu tanda amaran bagi semua umat Israel bahawa tiada sesiapa pun yang boleh menghampiri Yehuwa untuk mempersembahkan kemenyan kepada-Nya selain keturunan Harun.+ Kepingan logam itu juga menjadi suatu tanda amaran agar tiada sesiapa pun yang meniru haluan Korah dan para penyokongnya.+
-