-
Bilangan 27:12-14Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
12 Selepas itu, Yehuwa berfirman kepada Musa, “Naiklah ke gunung di kawasan Abarim+ dan lihatlah tanah yang akan Aku berikan kepada umat Israel.+ 13 Selepas engkau melihat tanah itu, engkau akan meninggal seperti abangmu Harun,+ lalu dikebumikan seperti nenek moyangmu.+ 14 Hal ini demikian kerana engkau tidak menurut perintah-Ku semasa umat Israel bersungut-sungut terhadap-Ku di padang belantara Zin. Engkau tidak memuliakan Aku di hadapan umat Israel ketika Aku memberikan air+ kepada mereka di Sumber Air Meriba+ berdekatan Kades,+ di padang belantara Zin.”+
-
-
Ulangan 1:37Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
37 (Yehuwa juga murka terhadapku kerana kamu semua, dan Dia berfirman, “Engkau pun tidak akan masuk ke tanah itu.+
-
-
Ulangan 3:26Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
26 Tetapi Yehuwa masih murka terhadapku kerana kamu semua,+ dan Dia tidak mendengarkan permohonanku. Yehuwa berfirman kepadaku, ‘Cukuplah! Jangan sebut tentang perkara ini lagi.
-
-
Ulangan 32:51, 52Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
51 Hal ini berlaku kerana kamu berdua tidak setia kepada-Ku semasa di Sumber Air Meriba+ yang berdekatan Kades, di padang belantara Zin. Kamu berdua tidak memuliakan Aku di hadapan umat Israel.+ 52 Engkau akan melihat tanah itu dari jauh, tetapi engkau tidak boleh memasuki tanah itu yang akan Aku berikan kepada orang Israel.”+
-
-
Ulangan 34:4Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
4 Yehuwa berfirman kepada Musa, “Itulah tanah yang Aku janjikan kepada Abraham, Ishak, dan Yakub. Aku telah bersumpah kepada mereka dengan berkata, ‘Aku akan memberikan tanah itu kepada keturunan kamu.’+ Aku sudah membenarkan engkau melihat seluruh tanah itu, tetapi engkau tidak boleh pergi ke sana.”+
-