-
1 Raja-Raja 4:34Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
34 Orang dari segala bangsa datang untuk mendengar tentang kebijaksanaan Salomo, termasuk raja-raja di seluruh bumi yang telah mendengar tentang kebijaksanaannya.+
-
-
1 Raja-Raja 10:4-7Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
4 Apabila ratu dari Syeba melihat kebijaksanaan Salomo,+ istana yang telah dibinanya,+ 5 makanan di mejanya,+ aturan tempat duduk pegawainya, cara kerja dan pakaian para pelayannya, pengurus minumannya, dan korban-korban bakar yang sering dipersembahkannya di Rumah Yehuwa, ratu itu berasa sangat kagum. 6 Oleh itu, ratu berkata kepada raja, “Memang benar apa yang beta dengar di negeri beta tentang pencapaian* dan kebijaksanaan tuanku. 7 Tetapi beta tidak percaya sebelum beta datang dan melihat semuanya dengan mata sendiri. Apa yang beta dengar itu tidak separuh pun daripada apa yang beta nampak sekarang. Kebijaksanaan dan kekayaan tuanku jauh lebih banyak daripada apa yang telah beta dengar.
-
-
Daniel 1:19, 20Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
19 Raja berbual dengan mereka, dan mendapati bahawa tiada sesiapa pun dalam kalangan anak-anak muda itu yang setanding Daniel, Hanania, Misael, dan Azarya.+ Maka mereka berempat mula berkhidmat kepada raja. 20 Setiap kali raja mengemukakan soalan yang memerlukan kebijaksanaan dan pengertian, raja mendapati bahawa jawapan mereka 10 kali lebih baik daripada jawapan semua imam yang mengamalkan ilmu sihir dan semua tukang tilik+ di seluruh kerajaannya.
-